Alamak! Data Positif China Tak Mampu Rangsang Harga Minyak

150

Harga minyak mentah susut pada permulaan dagangan awal minggu, memperpanjangkan kerugian minggu lalu di tengah-tengah data ekonomi AS yang lemah dan kes coronavirus yang terus menunjukkan peningkatan di seluruh dunia.

Menjelang sesi Eropah, penanda aras minyak mentah Brent didagangkan susut pada $54.70 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula merosot pada $52.09 setong.

Kedua-dua penanda aras telah mencatatkan penyusutan 2.3% pada sesi dagangan hari Jumaat selepas menyaksikan penerbitan data jualan runcit dan sentimen pengguna AS yang kurang memberangsangkan.

Penerbitan data ekonomi daripada China yang kukuh, gagal merangsang kenaikan harga minyak hari ini. Biro Statistik Nasional (NBS) melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China berkembang sebanyak 6.5% pada suku keempat, jauh lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat 6.2% dan mengikuti pertumbuhan 4.9% pada suku ketiga.

Secara keseluruhan, KDNK China meningkat 2.3% pada tahun 2020, menjadikan negara itu satu-satunya ekonomi utama di dunia menunjukkan pertumbuhan ketika dilanda krisis pandemik.

Bagaimanapun, khabar terbaru dari China yang kembali melaporkan lonjakan kes harian Covid-19 tertinggi dalam tempoh 10 bulan terakhir, telah menimbulkan kebimbangan terhadap pasaran komoditi hitam yang mungkin terjejas sekirannya negara pengimport terbesar minyak dunia itu ditutup lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat