Alamak! Emas Tak Kuat La Nak Naik

1,496

Optimisme pasaran terhadap perkembangan positif vaksin coronavirus terus mendorong pelabur untuk melepaskan pegangan logam safe-haven, menyebabkan emas kini menuju kerugian untuk tiga minggu berturut-turut pada hari ini.

Memasuki sesi Eropah, emas didagangkan pada $1,807 per auns setelah jatuh lebih 3% minggu ini, manakala niaga hadapan emas pula stabil pada $1,805 per auns (3.30 petang waktu Malaysia).

Logam berharga itu sebelum ini memberi isyarat kenaikan namun gagal mengekalkan momentum untuk meningkat dan terus berlegar di sekitar paras harga sokongan $1,800 per auns menjelang dagangan penghujung minggu.

Dengan peralihan kuasa antara pemerintahan presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Donald Trump kini berjalan lancar, ia telah mengurangkan beberapa ketidakpastian yang sebelum ini telah mendorong permintaan terhadap aset safe-haven.

Namun begitu, jangkaan bahawa lebih banyak langkah rangsangan akan dilaksanakan untuk menyokong ekonomi sementara vaksin Covid-19 belum tersedia untuk semua, telah membantu membataskan penurunan emas lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat