Alamak Euro! Jangan Jatuh Lagi

442

Dolar greenback kembali menghijau ketika pasaran memasuki sesi Eropah, seiring dengan kenaikan yang dipamerkan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun pada 1.58%.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan meningkat di sekitar 91.30.

Peningkatan US dolar menyebabkan matawang euro bergelut untuk mempertahankan kedudukan di atas harga 1.2000.

Pengawal selia Kesatuan Eropah (EU) telah memberi kelulusan untuk menggunakan vaksin Johnson & Johnson, walaupun selepas Amerika Syarikat menggantung penggunaan vaksin tersebut disebabkan isu kesan sampingan darah beku kepada penerima.

Sementara matawang pound pula didagangkan mendatar, bertahan di sekitar harga 1.3930 di tengah-tengah dagangan US dolar yang positif.

Data inflasi UK yang diterbitkan pada awal sesi Eropah, menunjukkan peningkatan sederhana dalam indeks harga pengguna (CPI) pada bulan Mac pada 0.7% dari 0.4% sebelumnya, tetapi tersasar sedikit di bawah jangkaan pasaran untuk kenaikan 0.8%.

Secara meluas, perkembangan mengenai situasi pandemik semasa adalah antara salah satu faktor menyebabkan sentimen berisiko hari ini dan mendorong pelabur untuk lebih berhati-hati.

India melaporkan 1,761 kematian akibat Covid-19, iaitu jumlah harian tertinggi yang pernah dicatatkan setakat ini, sementara Kanada pula mengetatkan lagi langkah sekatan disebabkan peningkatan mendadak kes.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat