Alamak! Gara-Gara Kripto, Meta ‘Facebook’ Disaman Jutawan Australia!

1,556

Hampir empat bulan Meta beralih daripada Facebook, syarikat ini sudah terciduk gara-gara disaman jutawan Australia.

Apa yang berlaku?

Difahamkan pengerusi Fortescue Metals, Andrew Forrest telah menfailkan saman terhadap Meta atas tuduhan melanggar undang-undang anti-penggubahan wang haram, dan platformnya digunakan untuk menipu penduduk Australia melalui iklan kripto yang terpampang.

Tidak cukup dengan itu, Forrest juga menuduh Meta mengambil sikap sambil lewa dalam menyekat aktiviti penipuan di platformnya.

Buktinya, ada seorang mangsa Australia telah kehilangan AUD  $952,000 (RM2.84 juta) gara-gara salah satu daripada iklan tersebut.

Ekoran daripada itu, Forrest mengambil tindakan awal supaya tiada lagi mangsa penipuan Meta.

Lebih parah untuk Meta apabila salah satu iklannya memaparkan gambar Forrest dalam promosi skim mata wang kripto.

Sedangkan Forrest sendiri telah mengemukakan permohonan sekatan pengiklanan yang melibatkan mata wang kripto dan imejnya terhadap Meta, bersama surat terbuka kepada CEO Meta, Mark Zuckerberg pada November 2019.

Prosedur Yang Panjang

Tindakan undang-undang Forrest merupakan saman pertama Meta selepas peralihan nama pada Oktober 2021 dan ia difailkan di Mahkamah Majistret Australia Barat.

Berdasarkan undang-undang Australia, pendakwaan persendirian terhadap syarikat antarabangsa di bawah Kanun Jenayah Komanwel memerlukan persetujuan daripada peguam negara.

Peguam bela Forrest, Steven Lewis menjelaskan saman tersebut telah pun diluluskan oleh peguam negara, Michaelia Cash dan jika Meta didapati bersalah, maksimum penalti yang akan dikenakan bernilai AUD $126,000 (RM375.4 ribu).

Pendengaran awal dijadualkan pada 28 Mac 2022.

Sudahlah projek Diem gagal, kali ini disaman pula? Aduhai..

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat