Alamak!! India Mahu Kenakan Cukai 30% Terhadap Pendapatan Kriptowang?

403

India dilaporkan akan mengenakan cukai sebanyak 30% ke atas pendapatan daripada kriptowang dan aset digital lain, kata menteri kewangan Nirmala Sitharaman dalam pembentangan belanjawan persekutuan baru-baru ini.

Selain daripada mengenakan cukai pendapatan ke atas kriptowang dan non-fungible tokens (NFT) dengan cukai yang tinggi di India, Sitharaman juga berkata kerugian daripada jualan mereka tidak boleh diimbangi dengan pendapatan lain. Hal ini memberi keburukan tambahan dalam perdagangan dan pelaburan kriptowang.

Data menunjukkan anggaran industri mencadangkan terdapat 15 juta hingga 20 juta pelabur kripto di India, dengan jumlah pegangan kripto sekitar 400 bilion rupee ($5.37 bilion). Tiada data rasmi tersedia mengenai saiz pasaran kripto India.

Para pendukung kriptowang sebelum ini sangat berharap bahawa rangka kerja cukai formal sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan industri kripto daripada beberapa langkah yang lebih keras yang telah dipertimbangkan oleh kerajaan.

Sebahagian melihat langkah yang diambil kerajaan ini adalah lebih baik daripada terus mengharamkannya secara penuh di India.

Menurut Avinash Shekhar, ketua eksekutif ZebPay, pertukaran kriptowang, “Cukai tiga puluh peratus ke atas pendapatan daripada aset digital maya, walaupun tinggi, adalah langkah positif kerana ia membenarkan industri kripto untuk operasi dan sentimen optimis terhadap penerimaan selanjutnya terhadap kripto dan NFT,”.

Pertukaran kripto juga berharap pengenaan cukai baharu akan memberi isyarat penerimaan kriptowang oleh pihak berkuasa, dan meyakinkan korporat bahawa mereka boleh memasuki pasaran.

“Kami juga berharap perkembangan ini menghapuskan sebarang kekhuatiran untuk pihak bank dan mereka boleh menyediakan perkhidmatan kewangan kepada industri kripto,” kata Nischal Shetty, Ketua Pegawai Eksekutif, WazirX.

Bank pusat India telah menyuarakan “kebimbangan serius” kriptowang dengan alasan membawa ketidakstabilan kewangan. Akibatnya, beberapa bank memutuskan jalinan kerjasama dengan firma kripto.

Menteri kewangan juga berkata bahawa bank pusat akan memperkenalkan CBDC pada tahun akan datang yang menggunakan blockchain dan teknologi sokongan lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat