Alamak! Jika Fed Agresif Perangi Inflasi, Perkara Ini Akan Terjadi Pada AS

614

Federal Reserve (Fed) berdepan risiko yang semakin meningkat untuk mengalami kemelesetan ekonomi dalam menangani kenaikan inflasi di Amerika Syarikat.

Hal ini kerana, dengan lonjakan inflasi yang jauh melebihi sasaran 2% bank pusat, Fed akan tertekan untuk membendungnya sehingga mendorong ia menaikkan kadar faedah dan melaksanakan pengetatan dasar monetari lebih cepat.

Pada masa yang sama, dasar fiskal oleh kerajaan pula akan bertindak sebagai halangan kepada pertumbuhan berikutan tekanan kenaikan harga barangan, terutamanya tenaga yang semakin meningkat.

Pakar ekonomi, Lawrence Lindsey yang juga merupakan bekas gabenor Fed, meletakkan kemungkinan bahawa akan terdapat kemelesetan menjelang akhir tahun depan yang dicetuskan oleh kemerosotan dalam pasaran Wall Street.

Bekas Setiausaha Perbendaharaan dan Demokrat, Lawrence Summers yang bersetuju dengan kenyataan tersebut, memberitahu bahawa risiko kemelesetan akan bermula dalam 30 bulan akan datang.

Umum mengetahui bahawa pada minggu lalu, pasaran kewangan telah dikejutkan dengan angka inflasi AS yang terus menunjukkan peningkatan pada bulan Januari dengan catatan 7.5%, tertinggi sejak tahun 1982.

Sejak itu, beberapa penggubal dasar Fed telah memberi indikasi bahawa bank pusat akan menaikkan kadar faedah pada bulan Mac dan mungkin lebih agresif untuk memerangi lonjakan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat