Alamak, Kenapa Saham Tesla Turun 4 hari Berturut-Turut Ni?

739

Teruskan garu kepala tu Elon Musk oii!

Saham Tesla Inc ditutup rendah dengan kerugian besar sekaligus mengenepikan laporan mengenai penyiasatan terhadap syarikat kereta eketrik itu.

Saham Tesla menyusut sebanyak 6.4% pada US$950.50 semasa sesi dagangan pagi New York. Ia menyusut 23% dari rekod penutupan tertinggi yang pernah dicatat pada 4 November lalu pada US$229.91.

Saham dikatakan memasuki fasa menurun (bearish) apabila ia jatuh 20% pada asas penutupan.

Nilai pasaran Tesla turut merudum di bawah US$1 trilion buat pertama kali sejak ia mencecah paras tersebut pada 25 Oktober namun, saham tersebut mengurangkan penurunannya pada 0.6% pada penutupan dengan nilai pasaran US$1.01 bilion.

Dalam pada itu, menurut laporan Reuters pada Isnin, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah membuka siasatan ke atas Tesla mengenai dakwaan pemberian maklumat tentang kecacatan panel solar.

Selain itu, sumber dari New York Times turut melaporkan berkenaan jurutera Tesla yang memepersoalkan keselamatan sistem Autopilot syarikat sehingga menjadi subjek penyiasatan oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat.

Tesla di bawah tekanan sejak 1 Disember kerana kebimbangan terhadap varian Omicron dan mesej bernada hawkish daripada Federal Reserve yang mencengkam pasaran.

Faktor-faktor tersebut telah membebankan saham teknologi dan menyebabkan Tesla merosot 11% pada 3 hari dagangan terakhir minggu lepas.

Elon Musk yang berterusan menjual pegangan sahamnya yang sehingga kini telah menjual saham bernilai lebih US$10 bilion turut mengheret sentimen keyakinan pelabur.

Saham Tesla naik 43% tahun ini berbanding kenaikan 22% dalam indek S&P 500.

Kebanyakan keuntungan Tesla datang daripada lonjakan pada bulan Oktober selepas berita positif termasuk keputusan kukuh suku ketiga dan pesanan besar daripada syarikat kereta sewa Hertz Global Holdings Inc.

Sementara itu, saham kereta eletrik bercampur-campur pada Isnin dengan Rivian Automotive Inc yang membuat kemunculan di pasaran baru-baru ini telah memperoleh 12%. Lucid Group Inc jatuh 19% selepas mendedahkan bahawa ia menerima sepina daripada SEC pada Jumaat. Ia ditutup jatuh 5.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat