Alamak OPEC+! Jangan Sampai Biden Masuk Campur

301

Harga minyak kembali stabil setelah penurunan mendadak pada sesi sebelumnya susulan kebangkitan semula dagangan US dolar yang menjadikan komoditi itu lebih mahal kepada pemegang matawang utama lain.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $74.78 setong, selepas menjunam lebih 3% pada Selasa.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan positif pada $73.70 setong, susulan penurunan lebih 2% pada sesi sebelum ini.

Dolar greenback meningkat lebih tinggi ketika sentimen pasaran berubah menjadi berisiko, di tengah-tengah kebimbangan terhadap kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Kerajaan Australia melanjutkan langkah penutupan di Sydney untuk minggu ketiga, selepas angka kes jangkitan di bandar terbesar itu masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mereda.

Dalam pada itu, pembatalan mesyuarat OPEC+ telah mendapat perhatian Presiden AS, Joe Biden yang menggesa anggota OPEC untuk mendapatkan kompromi dalam perbincangan mengenai pengeluaran minyak.

Perpecahan antara Arab Saudi, pengeluar OPEC terbesar, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang menentang rancangan untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran, adalah sebab utama di sebalik kegagalan perbincangan tersebut.

Kebimbangan terhadap perpecahan ini akan mendorong negara pengeluar untuk meningkatkan pengeluaran di luar perjanjian turut menekan harga minyak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat