Alamak! Pengukuhan Harga Minyak Masih Terbantut

233

Harga minyak mentah terus dalam tekanan menjelang penghujung minggu dengan dagangan WTI Amerika Syarikat kembali didagangkan di bawah paras harga $53 setong di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap kelemahan permintaan dan peningkatan bekalan.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent susut 1.2% pada $55.40 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula turun 1.3% pada $52.42 setong.

Pemulihan permintaan bahan bakar di China sebelum ini telah menyokong kenaikan harga sejak akhir tahun lalu ketika Amerika Syarikat dan Eropah masih lagi ketinggalan. Namun, faktor sokongan itu semakin pudar selepas kes coronavirus kembali meningkat di China.

Gelombang baru jangkitan coronavirus di China sehingga memaksa sekatan semula dilaksanakan menjelang perayaan tahun baru, telah meletakkan pasaran minyak mentah dalam tekanan berikutan kebimbangan terhadap permintaan yang mungkin terjejas.

Sementara dari segi penawaran pula, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan peningkatan terbesar dalam tempoh satu bulan dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat.

Pelabur kini menantikan penerbitan data rasmi kerajaan daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang dijangka akan mencatatkan penurunan sebanyak 1.17 juta tong dalam stok minyak mentah AS pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat