Alamak! Perancis Umum Sekatan Covid-19, Apa Reaksi Euro?

265

Pergerakan pasaran tidak banyak berubah pada sesi Asia hari ini, menunjukkan kebanyakan mata wang utama diperdagangkan stabil berbanding dolar greenback di tengah kebangkitan Covid-19 di seluruh dunia.

Terbaharu, Perancis mengarahkan pelaksanaan semula langkah sekatan disebabkan lonjakan kes Covid-19 dari varian Omicron. Perdana Menteri Jean Castex mengumumkan perkasa tersebut pada Isnin dengan mengatakan bahawa dalam tempoh tiga minggu, sebarang perhimpunan awam akan dihadkan kepada 2,000 orang sahaja.

Tambahan daripada itu, beliau juga mengeluarkan arahan mandatori untuk kerja di rumah sekurang-kurangnya tiga hari seminggu, dan mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Susulan pengumuman tersebut, reaksi awal daripada mata wang euro tidak banyak berubah dengan kekal diniagakan menguat di atas harga 1.1300.

Sementara itu, mata wang pound memaparkan prestasi terbaiknya pada dagangan awal minggu dengan menyentuh paras tertinggi untuk bulan Disember pada 1.3443 berbanding USD.

Laporan terbaharu yang menunjukkan varian Omicron kurang serius berbanding Delta, membawa kelegaan buat pasaran. Namun pada masa yang sama, lonjakan Covid-19 di seluruh dunia terutamanya di Eropah tetap meletakkan pelabur dalam keadaan berwaspada.

Meneliti pergerakan raja mata wang, US dolar dilihat bergelut untuk mencatatkan pengukuhan, memperlihatkan pergerakan yang mendatar pada awal minggu di sekitar harga 96.00 berbanding enam mata wang utama lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat