Alamak! USD Jatuh Menjelang Data Inflasi Dan Minit Mesyuarat FOMC

607

Matawang gergasi USD terus berundur lebih jauh, sekali gus memberi peluang buat pesaing utamanya mencatatkan peningkatan pada sesi dagangan hari ini.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan susut pada 94.30, menjauhi paras tertinggi satu tahun yang dicapainya pada 94.54 sebelum ini.

Data terbaru menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat mencatat rekod baru apabila sebanyak 4.3 juta orang telah berhenti kerja pada bulan Ogos, dan pembukaan pekerjaan juga merosot kepada 10.4 juta dari 10.9 juta yang dijangkakan.

Tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan data inflasi AS pada malam ini dan laporan minit mesyuarat pada awal pagi Khamis.

Kemerosotan dolar greenback telah memberi manfaat buat matawang euro untuk kembali bangkit dari paras terendah 14 bulan, dengan diniagakan stabil pada 1.1556 ketika sesi Eropah.

Sementara matawang pound pula kekal didagangkan stabil pada 1.36200 berbanding USD, selepas bacaan data ekonomi UK yang diterbitkan dilihat tidak mengubah jangkaan Bank Pusat England (BOE) untuk menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

Pelabur kini menantikan perkembangan mengenai isu protokol Ireland yang masih menjadi penghalang kepada kesepakatan UK dan Kesatuan Eropah (EU) dan terus memberi risiko pada matawang itu.

Dagangan dolar Aussie, kiwi dan loonie pula turut mendapat sedikit sokongan untuk meningkat dari penyusutan US dolar dan kenaikan harga komoditi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat