Alamak! USD Terus Berundur Lebih Rendah

1,018

US dolar menyusut lebih rendah di tengah-tengah ketidaktentuan dalam pasaran sementara mata wang utama lain pula dilihat masih berlegar di sekitar harga yang sama.

Kebimbangan terhadap kemelesetan yang semakin meningkat mendorong pelabur berhati-hati dan mengehadkan dagangan dalam pasaran.

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell sebelum ini memberi amaran tentang kemungkinan kemelesetan akan berlaku ketika bank pusat terus berusaha untuk mengekang inflasi.

Sementara itu, mata wang euro pula melonjak didorong oleh jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan meningkatkan kadar faedah untuk kali pertama dalam tempoh lebih satu dekad.

Perhatian pelabur kini ditumpukan kepada Forum Perbankan Pusat yang dianjurkan ECB di Portugal pada minggu ini. Presiden ECB Christine Lagarde, Jerome Powell dan Gabenor Bank Pusat England (BOE) Andrew Bailey akan menyertai forum tersebut dan bercakap pada hari Rabu.

Dalam pada itu, mata wang komoditi, dolar Aussie dan New Zealand berada di bawah tekanan susulan data yang menunjukkan keuntungan di firma perindustrian China menyusut semula, walaupun pada kadar yang lebih perlahan pada bulan Mei.

Selain itu, pasaran turut mengikuti perkembangan mengenai pertemuan G7 yang akan memasuki hari terakhir pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat