Alamak! Vaksin AstraZeneca Hanya 70% Berkesan?

915

Menurut sebuah kenyataan, vaksin coronavirus yang dibangunkan oleh syarikat ubat AstraZeneca dan Universiti Oxford menunjukkan keberkesanan sebanyak 70% dalam ujian yang melibatkan 23,000 individu. Tambahan daripada itu, keberkesanan yang dicatatkan adalah antara 62% hingga 90% bergantung kepada dos vaksin.

Berdasarkan penyataan yang dikemukakan oleh CEO AstraZeneca, Pascal Soriot, vaksin syarikatnya akan tetap berkesan dan akan memberikan kesan dalam kadar segera.

Walaupun ubat berkenaan mempamerkan keberkesanan sebanyak 90% ketika diberikan setengah dos diikuti dengan dos penuh dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan, hasilnya adalah 62% apabila diberikan sebanyak 2 dos penuh dalam jangka waktu yang sama. Oleh yang demikian, analisis gabungan tersebut telah menghasilkan keberkesanan sebanyak 70%.

Selain itu, vaksin itu dikhabarkan dapat disimpan, diangkut dan dikendalikan dalam keadaan sejuk antara 2 hingga 8 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya 6 bulan.

Di samping itu, terdapat lebih daripada 23,000 orang dewasa kini dinilai dalam ujian dan jumlah tersebut dijangka meningkat hingga 60,000 individu. Hasil awal menunjukkan terdapat 131 kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan oleh peserta tetapi, tiada kes yang serius.

Selain itu, ujian juga dilakukan di Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Afrika Selatan, Kenya dan Amerika Latin, dan turut akan diljalankan di negara-negara Eropah dan Asia yang lain.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Profesor Oxford, Andrew Pollard, penemuan terbaru menunjukkan bahawa ubat tersebut adalah vaksin berkesan yang dapat menyelamatkan banyak nyawa.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat