Algorand (ALGO) Sasarkan Kelajuan Rangkaian 10x Ganda & Tampil Sebagai Platform CBDC

190

Algorand (ALGO) pamer prestasi yang luar biasa sejak semalam selepas melonjak hampir 15% dari paras terendah harian, $0.73 semalam kepada $0.84 pada hari ini.

Pergerakan ALGO yang luar biasa ini barangkali ada kaitan dengan pengumuman daripada pengasasnya, Silvio Micali semalam dalam acara Blockchain Week Australia.

Menurut Micali, beberapa penambahbaikan rangkaian sedang dilaksanakan dan antaranya termasuklah:

  1. Privasi rangkaian
    • Melalui kerjasama dengan penyelia, Algorand mahu mewujudkan lapisan privasi yang tidak akan menyembunyikan aktiviti-aktiviti haram.
  2. Menubuhkan rantaian bersama (co-chains)
    • Co-chains berupaya membantu pembangun untuk mewujudkan ekosistem bebas daripada mainnet Algorand dan boleh digunakan untuk mata wang digital bank pusat (CBDC).
  3. Skalabiliti dan kelajuan rangkaian
    • Merupakan penambahbaikan pertama yang akan dilaksanakan.
    • Dijangka kelajuan rangkaian akan ditingkatkan sebanyak 10 kali ganda.

Ketika penulisan, ALGO didagangkan pada $0.814, sedikit rendah dari paras tertinggi harian yang direkod tengahari tadi.

ALGO perlukan lonjakan lebih 75% untuk menebus kembali nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.28 yang direkod pada 21 Jun 2019.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat