Algorand Semakin Ke Depan, Sokong Platform Jaminan Bank & Insurans Itali!

88

Demi menyokong platform jaminan digital, Algorand (ALGO) bakal melancarkan platform blockchain Layer-1 pada awal tahun 2023 yang berfungsi sebagai kegunaan dalam pasaran perbankan dan insurans di Itali.

Buat kali pertama untuk negara anggota Kesatuan Eropah (EU), mereka akan mengaplikaskan teknologi blockchain untuk jaminan bank dan insurans.

Secara konteks, jaminan bank merupakan perjanjian untuk syarikat pemberi pinjaman bertanggungjawab menampung sejumlah kerugian jika peminjam gagal membayar pinjamannya manakala jaminan insurans berbeza sedikit kerana ditawarkan oleh syarikat insurans.

Antara tujuan perkara berikut dibuat adalah untuk menyediakan bon ataupun deposit kepada para pembekal dan vendor secara selamat.

Diterangkan Algorand, teknologi blockchain tersebut sepadan dengan platform “Digital Sureties” yang mewujudkan transaksi data pantas, cekap, kos rendah dan melindungi pengguna daripada sebarang penipuan.

Platform Digital Sureties disokong blockchain adalah Pelan Pemulihan dan Ketahanan Nasional (NRRP) Itali yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Teknologi, Inovasi dan Kewangan Universiti Katolik Milan (CETIF) untuk membangunkan kembali ekonomi negara tersebut selepas krisis COVID-19.

Menurut profesor di CETIF, Federico Rahola percaya bahawa Algorand dapat membantu pulihkan kembali ekonomi Itali dan kembangkan lagi daya saing negara tersebut pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat