Alibaba Buat Rombakan Perniagaan E-Dagang Dengan Perlantikan CFO Baru

305

Alibaba tangani Monday Blues dengan ‘kopi‘ baru.

Alibaba Group Holding Ltd pada Isnin mengatakan mereka akan menyusun semula perniagaan e-dagang antarabangsa dan domestiknya dengan perlantikan ketua pegawai kewangan (CFO) baharu.

Perubahan tersebut dibuat berikutan cabaran yang dihadapi Alibaba dalam pelbagai aspek seperti peningkatan persaingan, pertumbuhan ekonomi yang lembab dan tindakan keras kawal selia.

Gergasi e-dagang Hong Kong tersebut menyusut 8% pada dagangan awal pagi.

Alibaba menyatakan mereka akan mencipta 2 unit baharu untuk menempatkan perniagaan e-dagang utamanya iaitu perdagangan digital antarabangsa dan perdagangan digital China dalam usaha untuk menjadi lebih tangkas dan mempercepatkan pertumbuhan.

Setakat ini, unit perdagangan digital antarabangsanya menempatkan perniagaan yang berhadapan dengan pengguna dan borong luar negara termasuk AliExpress, Alibaba.com dan Lazada.

Unit tersebut akan diterajui oleh Jiang Fan yang dahulunya memegang peranan sebagai presiden Taobao dan Tmall.

Sementara perniagaan domestik bagi unit perdagangan digital China pula akan diketuai oleh Trudy Dai yang merupakan salah seorang pengasas Alibaba.

Dalam pada itu, timbalan ketua pegawai kewangan Alibaba, Toby Xu, akan dilantik sebagai ketua pegawai kewangan bagi menggantikan Maggie Wu bermula April nanti dan menyifatkan pelantikan tersebut sebagai sebahagian daripada pelan penggantian kepimpinan syarikat.

Xu telah menyertai Alibaba daripada PWC 3 tahun lalu dan dilantik sebagai timbalan CFP pada Julai 2019 dan Wu yang telah mengetuai 3 penyenaraian awam syarikat berkaitan Alibaba sebagai CFO akan terus berkhidmat sebagai pengarah eksekutif di lembaga Alibaba.

Bulan lalu, syarikat tersebut mengurangkan unjurannya untuk pertumbuhan hasil tahunan kepada kadar paling perlahan sejak kemunculan pasaran sahamnya pada 2014. Ia juga menyaksikan jualan acara tahunannya, festival beli-belah dalam talian ‘Singles Day’, berkembang pada kadar paling perlahan pernah berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat