Alibaba Si Lubuk Emas SoftBank Dalam Harungi Pasaran Yang Kelam

275

‘Nasib baik ada back-up plan untuk cekau duit bila waktu sesak.’

Disebabkan tuntutan pasaran semasa, SoftBank Group Corp dari Jepun dikatakan akan mengurangkan pegangannya dalam Alibaba Group Holding China bagi menempah keuntungan sebanyak $34.1 bilion.

Ia merupakan antara penyelesaian yang dipilih syarikat konglomerat pelaburan tersebut dalam menambah rizab tunainya bagi mengharungi kemelesetan pasaran meluas.

Difahamkan SoftBank akan mengurangkan pegangan dalam Alibaba dari 23.7% kepada 14.6% dengan menyelesaikan kontrak hadapan prabayarnya.

Menyingkap rekod, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) unit pelaburan SoftBank iaitu Masayoshi Son sebelum ini melaporkan bahawa Vision Fund catat kerugian $50 bilion dan merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

Atas dasar tersebut, SoftBank turut mengumumkan rancangan pengurangan pegangan terhadap Alibaba yang disifatkan oleh Son sebagai ‘penyelesaikan kepada kebimbangan aliran tunai masa depan syarikat’.

Menurut pemfailan, anggaran keuntungan sebanyak ¥4.6 trilion termasuk ¥2.4 trilion daripada penilaian semula saham Alibaba dan keuntungan derivatif sebanyak ¥0.7 trilion akan diraih.

Ulas Son, yang membeli Alibaba dengan harga $20 juta pada thaun 2000, ia akan membantu pengukuhan syarikat dalam mengharungi persekitaran pasaran yang kelam.

Akan tetapi faktor kejatuhan 2/3 nilai Alibaba daripada paras tertingginya sejak 2020 tidak digariskan Son dalam sebarang pemfailan.

Umumnya, perniagaan e-dagang milik Jack Ma berada di bawah tekanan ketat pengawalan selia teknologi China termasuk sejumlah denda yang besar.

Pun begitu urus niaga tersebut jelas pihak SoftBank dijangka tidak menghasilkan jualan tambahan kepada saham Alibaba dalam pasaran kerana ia dilindungi nilai pada masa pengewangan asal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat