Alibaba, Tencent Bakal Disenarai Hitam?

306

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang mempertimbang untuk menyenarai hitam Alibaba dan Tencent daripada melabur dalam pasaran negara itu.

Laporan itu didedahkan oleh dua sumber yang mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Sekiranya laporan itu benar, Trump akan melaksanakan langkah paling dramatik dalam usahanya menyekat syarikat-syarikat China ketika hari-hari terakhir pentadbirannya.

Alibaba dan Tencent merupakan syarikat paling bernilai di Asia, dengan jumlah permodalan pasaran kedua-dua syarikat bernilai AS$1.3 trilion.

Jabatan Pertahanan yang mengendalikan langkah tersebut, masih belum memuktamadkan rancangan terbabit dan sedang mempertimbangkan untuk menambah beberapa firma China lagi untuk disenarai hitam.

Kedua-dua syarikat bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

Susulan laporan berkenaan, saham Alibaba dan Tencent menyusut kira-kira 4% pada sesi dagangan tengah hari di Hong Kong Stock Exchange manakala saham Alibaba di AS turut menurun sebanyak 5%.

Kelmarin, Trump mengarahkan sekatan transaksi terhadap lapan perisian termasuklah aplikasi pembayaran Alipay dan QQ Wallet serta WeChat Pay.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat