ALICE – Platform Permainan Yang Bakal Beri Pengalaman Terunggul

278

My Neighbor Alice adalah sebuah permainan pembangunan yang boleh dimainkan secara beramai-ramai yang mana sesiapa sahaja boleh membeli dan memiliki pulau maya.

Penubuhan permainan ini diilhamkan daripada permainan seperti Animal Crossing yang dinaik taraf bagi membolehkan pemain untuk menggabungkan yang terbaik dari dua dunia.

ALICE merupakan ‘native token’ kepada My Neighbor Alice yang berfungsi sebagai matawang dalam permainan untuk pemain membeli aset dan set kemahiran khas di dalam permainan tersebut.

Dengan menyelesaikan pencarian atau misi yang diberikan di dalam permainan, para pemain bakal memperoleh token ALICE sebagai ganjaran hasil daripada kejayaan tersebut.

Permainan ini juga bertujuan untuk memberi pengalaman permainan yang terunggul kepada pemain dan juga ekosistem untuk pemain yang ingin mengumpul dan memperdagangkan Token NFT.

Menarik untuk dilihat pada carta ALICE/USDT,

Nampaknya pergerakan harga ALICE pernah mencetuskan kejutan kepada kebanyakan pelabur apabila telah melonjak melebihi 12,000% ketika pembukaan pasaran di platform Binance pada 15 Mac.

Tetapi lonjakan itu tidak berjaya dikekalkan apabila harga ALICE kembali menjunam sehingga ke paras sokongan sekitar $3-$5 untuk terus membuat trend bearish.

Pada pasaran Jun, pergerakan harga ALICE masih bergerak perlahan dan terus menantikan sentimen bagi menyokong semula kenaikan harga.

Jika harga ALICE kembali membuat lonjakan, paras SBR (support become resistance) sekitar $7-$8 bakal menjadi paras utama utama untuk diuji yang mana paras harga $8 merupakan paras yang paling sukar untuk ditembusi.

Sekiranya paras SBR tersebut berjaya untuk ditembusi, semestinya bakal memberi keyakinan kepada pelabur bahawa pergerakan harga ALICE akan membuat perubahan trend kepada trend bullish.

Namun jika penurunan harga terus berlaku, paras harga sokongan $3 berkemungkinan bakal ditembusi dan dijangka harga bakal terus membuat penurunan ke paras $1 atau ke paras harga yang lebih rendah.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga ALICE menyusut melebihi 3% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $4.3.

Lihat gambar carta matawang kripto ALICE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat