Aliran Modal Kepada Aset Selamat, Emas Terus Meningkat

97

Harga emas bergerak stabil dalam sesi Eropah pada Rabu selepas mencapai paras tertinggi tujuh bulan lalu dengan pelabur-pelabur mengambil kira risiko-risiko politik yang memberi kesan kepada pasaran sekaligus menyokong permintaan aset lebih selamat seperti emas.

Di pasaran hadapan Comex, emas didagang di sekitar $1,294.93 pada pukul 3 petang tadi, manakala emas di pasaran spot didagang di sekitar 1292.65.

Harga emas mendapat keuntungan untuk tiga sesi dagangan pada Selasa dan telah mencapai paras tertinggi $1,298.80. Selain itu, harga logam berharga yang lain iaitu perak juga mendapat permintaan sejak tiga minggu lalu yang disokong oleh ketidaktentuan politik global.

Pemain pasaran akan memberi perhatian kepada bekas Pengarah FBI James Comey dalam keterangannya di hadapan Senat pada Khamis. Hal ini dilihat sebagai risiko kepada pentadbiran Trump yang akan menjadi semakin sukar jika Comey membuat tuduhan terhadap Presiden US itu.

Pemain-pemain pasaran juga akan memberi perhatian kepada pilihanraya United Kingdom yang juga berlangsung esok.

Emas biasanya akan menjadi alternatif pelaburan kepada pelabur-pelabur apabila berlakunya risiko politik global. Hal ini kita telah lihat dalam beberapa siri ketidaktentuan politik yang berlaku sebelum ini seperti krisis Korea Utara, pilihanraya US dan undian Brexit tahun lalu.

Ketidaktentuan politik global ketika ini diburukkan lagi dengan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah antara Qatar dengan beberapa negara Arab lain khususnya Arab Saudi.

Indeks US dolar ketika ini berada di sekitar 96.56 yang jatuh ke paras terendah tujuh bulan lalu iaitu paras yang kali terakhir dilihat pada 9 November 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat