Altcoins Merana, Ini 3 Kripto Trending Perlu Diperhatikan!

1,038

“Bolehlah korang jenguk-jenguk dulu kripto kat bawah ni, mana tahu berminat ke.”

Sebelum memulih semula di atas $61,000, harga Bitcoin (BTC) yang menjunam sehingga $58,500 telah menyebabkan mata wang kripto lain turut terkesan. Berikut adalah tiga aset digital trending yang mengalami kejatuhan drastik tetapi perlu diberi perhatian para pelabur.

Dogwifhat (WIF)

Menjadi viral pada awal tahun 2024 sehingga modal pasarannya pantas meningkat melebihi $4 bilion, harga WIF berjaya mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada $4.60 sebelum kini turun semula di bawah $2.

Dalam masa 24 jam lalu sahaja, WIF yang jatuh hampir 14% telah terkeluar daripada 50 kripto teratas mengikut modal pasaran telah menjadikan jumlah kerugiannya 37% pada minggu lepas,43% dalam dua minggu lalu dan 46% pada sebulan lepas.

Brett (BRETT)

Menarik perhatian komuniti kripto pada awal Mac tahun ini, BRETT ialah memecoin terkemuka yang tidak mengambil masa lama untuk meningkat susulan harganya mencapai paras tertinggi sepanjang masa $0.18 pada awal Jun.

Meskipun begitu, BRETT turun 25% dalam dua minggu lalu tetapi tetap tidak mengubah fakta bahawa harganya masih mencatatkan pencanakan 130% pada bulan lepas dan berbaloi melihat sama ada prestasi memecoin itu pada masa hadapan dapat mengikuti pergerakan WIF atau tidak.

Notcoin (NOT)

NOT adalah gabungan memecoin dan coin gaming yang beredar di blockchain TON dan merupakan sebahagian daripada sistem gamified di Telegram.

Suka dimaklumkan NOT yang dilancarkan melalui Launchpool di Binance telah meningkat sebanyak 171% dalam tempoh 30 hari lalu sebelum melihat jumlah kerugian mingguannya pada kira-kira 26%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat