Amaran Kepada EU, UK Mahukan Perjanjian Brexit Yang Baru?

209

United Kingdom (UK) pada hari Rabu menuntut perjanjian baru untuk mengawasi perdagangan pasca Brexit yang melibatkan Ireland Utara dan dalam masa yang sama memperingatkan Kesatuan Eropah bahawa UK tidak teragak-teragak untuk memboikot kesepakatan yang disepakati pada tahun lalu.

Protokol Ireland Utara telah dipersetujui oleh Britain dan Kesatuan Eropah sebagai sebahagian daripada perjanjian Brexit 2020 setelah 4 tahun UK memilih untuk berundur dari EU.

Protokol ini pada dasarnya melibatkan pemeriksaan barang yang rapi antara UK dan Ireland Utara, namun hal ini akhirnya terbukti membebankan perniagaan dan rakyat yang memilih untuk berada di bawah UK.

Menteri David Frost antara yang lantang menyuarakan hal ini. Beliau cederung melihat adanya peluang untuk menangani isu ini dengan cara berbeza. Justeru perlunya perbincangan dan persetujuan dari pihak EU bagi mencapai keseimbangan baru untuk kepentingan semua.

UK secara seperti yang diperincikan dalam sebuah surat perintah menekankan bahawa mereka menginginkan ‘kesimbangan baru; yang tidak lagi dikawal oleh institusi EU dan Mahkamah Keadilan Eropah. Dengan kata lain, sebuah kerangka kesepakatan yang “lebih kondusif dan adil”.

Atas dasar itu Frost berpendapat cadangan ini akan memerlukan perubahan yang signifikan terhadap protokol Ireland Utara. Dalam masa yang sama memberi penekanan bahawa perubahan seperti itu diperlukan untuk menangani situasi yang sedang dihadapi.

Tamsilnya pihak UK menuntut EU agar perjanjian baru yang melibatkan Ireland Utara dapat dilaksanakan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat