Amaran Kepada Trump, Jangan Gelar COVID-19 Sebagai ‘Virus China’!

1,104

Para pegawai World Health Organization (WHO) memberi amaran agar tidak menggelarkan COVID-19 sebagai ‘virus China’. Hal ini berikutan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang sewenang-wenangnya memberi gelaran kepada virus merbahaya itu. Ianya berkemungkinan dapat mencetuskan isu perkauman.

Menurut pengarah eksekutif program kecemasan WHO, Dr Mike Ryan, virus tersebut bukanlah berasal dari negara atau individu tertentu bahkan ia merebak tanpa mengenal usia, sempadan, warna kulit mahupun jumlah wang yang anda miliki. Justeru itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan.

Di samping itu, Presiden Amerika Syarikat tersebut dilihat sengaja mencetuskan konflik terhadap penduduk negara Asia.  Bahkan beliau tetap dengan pendiriannya dan menyatakan bahawa gelaran itu tidak berunsur perkauman.  Gelaran itu diberikan kerana kedua-dua negara kuasa besar, China dan Amerika Syarikat kelihatan tegang dan menunding jari antara satu sama lain tentang punca wabak itu tersebar.

Walau bagaimana pun, Trump tetap bertegas bahawa virus itu berasal dari China.

Oleh itu, WHO menyeru agar semua individu menggunakan nama saintifik yang telah diberikan kepada virus berkenaan iaitu COVID-19. Hal ini demikian kerana nama berkenaan adalah penting bagi mengelakkan isu perkauman atau stigma masyarakat. Selain itu, mereka turut menegaskan supaya orang ramai tetap bersatu bagi memerangi penyebaran wabak merbahaya itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat