Amaran! Omicron XE Sedang Menuju Ke Malaysia!

18,184

‘Perghh bukan smartphone je ada ‘special edition’, virus pun dah ada versi tu ye.’

Pakar perubatan tempatan menjangkakan kemungkinan bahawa varian Omicron XE yang baru akan tiba di Malaysia dalam tempoh sebulan lagi dan menimbulkan bahaya baru.

Menurut pakar epidemiologi perubatan Universiti Putra Malaysia, Malina Osman, walaupun dengan penutupan sempadan negara, varian Omicron semasa boleh tiba di Malaysia dalam tempoh sebulan atau dua, maka tidak hairan andai Omicron XE boleh tiba dengan lebih pantas kerana ia telah dikesan di negara sempadan Thailand, Taiwan dan Britain.

Terang beliau lagi, setakat ini tiada petunjuk bahawa varian Omicron XE menyebabkan jangkitan teruk seperti varian Delta, namun masih berisiko tinggi bagi mereka yang tidak diberi vaksinasi atau yang tidak pernah dijangkiti sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Profesor Malina percaya bahawa keadaan akan terkawal kerana Malaysia mempunyai perlindungan vaksinasi yang baik selain pematuhan jitu terhadap protokol dan langkah-langkah pergerakan bagi mengehadkan penularan.

Selain itu, Pengerusi Sukarelawan untuk Penglibatan Komuniti dan Pemerkasaan Untuk Covid-19, Zainal Ariffin Omar turut meramalkan varian baru tersebut akan tiba dalam tempoh kurang sebulan ekoran pembukaan semula sempadan negara.

Ringkasan mengenai Omicron XE, ia pertama kali dikesan di Britain pada 19 Januari lalu melalui mutasi variasi Omicron BA.1 dan BA.2 yang dikatakan 10% lebih mudah menular berbanding varian semasa.

Buat masa ini masih banyak yang tidak diketahui tentang varian Omicron XE dari segi ancamannya dan sama ada vaksin sedia ada mampu melawannya atau tidak.

Sebagai rekod, ketika varian Delta melanda negara buat pertama kali pada Julai lalu, kes harian telah melonjak tinggi sehingga Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Noor Hisham mengesahkan sebanyak 22 ribu kes dicatat pada 25 Ogos lalu.

Kemudian situasi yang sama berlaku melibatkan gelombang varian Omicron yang pertama kali dikesan di Malaysia pada 2 Disember 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat