Amazon, Apple Menderita Angkara Masalah Rantaian Bekalan Global

405

Masalah rantaian bekalan global dilihat turut memberi impak besar kepada syarikat terkemuka dunia, Amazon dan Apple.

Kedua-dua syarikat itu telah melaporkan pendapatan yang lebih rendah daripada jangkaan penganalisis Wall Street dan memberi amaran bahawa isu rantaian bekalan boleh membebankan perniagaan pada suku Disember.

Amazon terlepas unjuran Wall Street untuk kedua-dua jualan dan keuntungan pada suku ketiga, situasi yang jarang berlaku untuk syarikat gergasi itu.

Ia merekodkan jualan bersih sebanyak $110.8 bilion, naik 15% daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya, tetapi di bawah unjuran penganalisis untuk meningkat $111.6 bilion. Pendapatan bersih bagi suku tersebut menurun daripada tahun sebelumnya kepada $3.2 bilion, jauh lebih rendah daripada jangkaan $4.6 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Andy Jassy memberi amaran bahawa untuk suku keempat yang akan datang, perniagaan pengguna syarikat itu menjangkakan akan beberapa bilion dolar kos tambahan. Ini termasuk pengurusan kekurangan bekalan buruh, peningkatan kos upah, isu rantaian bekalan global dan kenaikan kos pengangkutan dan penghantaran.

Sementara itu, Apple pula melaporkan pendapatan sebanyak $83.4 bilion pada suku keempat tahun fiskalnya, dengan jualan iPhone yang lebih rendah daripada ramalan penganalisis iaitu sebanyak $38.9 bilion. Pendapatan bersih syarikat melonjak 62% tahun ke tahun kepada $20.5 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook mengatakan impak kekangan bekalan pada suku yang berakhir pada 25 September, adalah lebih besar daripada jangkaan berikutan gangguan pembuatan cip disebabkan Covid-19 di Asia Tenggara.

Beliau juga memberitahu bahawa impak daripada gangguan rantaian bekalan akan memberi impak lebih besar pada jualan suku semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat