Amazon Lancar Program Baru, Beri Manfaat Kepada Yang Memerlukan

242

Syarikat Amazon telah melancarkan sebuah program bertujuan untuk mendermakan barang yang masih elok tetapi tidak terjual, selepas mendapati barangan yang tidak terjual itu akan dilupuskan begitu sahaja.

Amazon mahu peniaga yang menjadi orang tengah menggunakan barangan yang tidak terjual mahupun tidak terpakai sebaik mungkin dengan memberikan kepada mereka yang memerlukan.

Program yang dikenali sebagai Sumbangan oleh Amazon itu membolehkan para peniaga memilih sama ada ingin melupuskan barang yang tidak terjual atau tidak diperlukan lagi yang terdapat di dalam gudang Amazon untuk didermakan sama ada di Amerika Syarikat atau Britain.

Sumbangan ini akan diagihkan ke sebuah badan yang tidak bermotifkan keuntungan yang digelar “Good360” yang berpusat di AS dan untuk Britain pula “Newlife” dan “Barnardo’s”.

Tujuan utama program ini diadakan bagi mengurangkan jumlah inventori di dalam gudang Amazon yang terpaksa dilupuskan, sedikit sebanyak dapat membantu melestarikan alam sekitar dan memberi kepada yang memerlukan.

Sebuah dokumentari dari Perancis pernah melaporkan sebanyak 3 juta produk telah dilupuskan oleh Amazon pada tahun lepas.

Program ini juga memberi manfaat kepada peniaga di mana Amazon mengenakan bayaran $0.5 bagi setiap barang yang ingin didermakan lebih murah berbanding $0.65 yang harus dibayar untuk pelupusan. Terdapat beberapa punca mengapa peniaga memilih untuk melupuskan barangan mereka, termasuklah kerana tidak boleh digunakan lagi atas faktor keselamatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat