Ambil Alih Empire Resort, Saham Genting Malaysia Merosot

620

Cadangan Genting Malaysia (GenM) bahawa syarikat miliknya, Genting USA (GenUSA) untuk mengambil alih kepentingan Empire Resorts daripada syarikat induk, Kien Huat Realty (KH Realty) pada harga US$128.6 juta atau RM538.8 juta dilihat memberi impak negatif kepada saham GenM.

Pada 12.30 tengah hari, GenM susut 41 sen kepada RM3.20 manakala Genting Bhd turun 40 sen kepada RM6.25.

Berikutan pengambilalihan saham yang dicadangkan, GenM dan KH Realty akan bersama-sama mendapatkan kawalan sepenuhnya ke atas Empire dengan membeli baki saham syarikat tersebut.

Syarikat ini memiliki dan mengendalikan Resorts World Catskills (RWC), sebuah resort kasino yang terletak di Sullivan County, New York dan Empire juga memiliki serta mengendalikan Monticello Casino dan Raceway.

GenM berkata pengambilalihan yang dicadangkan tertakluk kepada penerimaan kelulusan kawal selia, termasuk kelulusan oleh Suruhanjaya Permainan Negeri New York (NYSGC) dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

GenM tidak menjangkakan pelaksanaan yang dicadangkan itu akan memberi kesan material ke atas pendapatan dan pendapatan per saham yang disatukan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019.

Public Investment Bank menyatakan bahawa mereka neutral terhadap cadangan GenM dan akan mengekalkan jangkaan pendapatan walaupun terdapat risiko penurunan harga saham dan pemerhatian negatif pasaran terhadap transaksi pihak berkaitan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat