Ambil Peluang! Vitalik Jual 3,000 Ethereum Semasa FTX Digodam!

739

Co-founder wallet Ethereum (ETH), Vitalik Buterin bertindak membuang sejumlah besar ETH pada hujung minggu lalu sejurus selepas exchanger kripto FTX mengalami insiden penggodaman secara besar-besaran.

Secara rekod, Vitalik menukar sebanyak 3,000 ETH kepada $4 juta USDC dan meneruskan urus niaganya pada Uniswap V3 pada 12 November melalui tiga transaksi, dimana harga ETH didagangkan pada zon $1,261.

Pembuangan oleh Vitalik tersebut dikatakan menarik perhatian berikutan beliau bertindak sedemikian ketika pasaran kripto mengalami kejatuhan parah disebabkan penggodaman berleluasa dan tidak dilupakan juga krisis FTX yang berlaku baru-baru ini.

Diperjelaskan bahawa penggodam bukan sahaja mengalir keluar lebih $600 juta dalam pelbagai transaksi di FTX untuk ditukarkan kepada DAI daripada Tether, malah mengeluarkan stETH Solana, BNB, LINK, AVAX dan MATIC.

Menurut pendapat Vitalik, acara MtGox menyaksikan prestasi yang kurang memberangsangkan susulan enggan berusaha memperbaiki ekosistemnya sama seperti kes Luna dan FTX.

Rentetan itu, pasaran kripto mengalami kejatuhan dahsyat disebabkan krisis FTX yang melenyapkan lebih $100 bilion dalam tempoh beberapa hari sahaja dengan modal jumlah pasaran berjumlah $854 bilion.

Setakat penulisan ini, harga ETH menyusut lebih 18% sepanjang 7 hari lalu dan kini berlegar-legar pada zon $1,258 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat