Amboi, Impak PM-10 Sampai Ke Pasaran Global!

973

Berita peratusan kenaikan kadar faedah yang kecil bulan depan oleh Federal Reserve (Fed) mendorong lonjakan ekuiti ke paras tertinggi 2 bulan tatkala dolar menuju arah berbeza untuk menghampiri paras terendah 3 bulan.

Mengulangi pendirian Fed tersebut adalah ketua ekonomi UBS, Paul Donovan,  dengan mengatakan ‘majoriti’ penggubal dasar bersetuju bahawa ‘tidak lama lagi’ kadar faedah perlu diperlahankan.

Pasaran Wall Street semalaman ditutup dengan Amerika Syarikat (AS) menyambut Hari Kesyukuran namun saham di Eropah tampak meneruskan momentum positif dengan keyakinan pasaran kembali mendadak.

Namun, niaga hadapan Dow Jones naik 0.2% sementara niaga hadapan S&P 500 tambah 0.3% dan niaga hadapan Nasdaq 100 canak 0.5%.

Tolok MSCI global, yang mengukur saham 47 negara lain capai paras tertinggi sejak Mei semasa pertengahan sesi dagangan Eropah semalam sementara hasil bon kerajaan Jerman dan British jatuh ke paras terendah sejak September dan Oktober.

Pembukaan dagangan Asia pagi ini pula menyaksikan S&P/ASX 200 Australia naik 0.15% sementara Nikkei 225 Jepun jatuh 0.32%, Topix susut 0.21% dan Kospi Korea Selatan turun 0.22%.

Dalam pada itu, Bursa Malaysia dan nilai Ringgit menikmati detik terbaiknya semasa penutupan semalam dengan indeks KLCI ditutup tinggi 4.04% sementara nilai mata wang negara mengukuh berbanding dolar pada 4.5080.

Pengukuhan tersebut berlaku sebaik Istana Negara Malaysia mengesahkan pelantikan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pergerakan mata wang lain menyaksikan Euro naik pada $1.0447, menghampiri kemuncak 4 bulan pada $1.0481 sementara dolar melemah 0.6% berbanding Yen Jepun pada ¥138.70 dan Sterling pada $1.20.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat