Amboi! Trump Ni Sedap Mulut Je Kan

1,002

Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan lantang menyerang pesaingnya, Joe Biden ketika pengumuman dasar China oleh White House baru-baru ini.

Presiden itu bukan sahaja mengaitkan tindakan keras terhadap Beijing berikutan isu Hong Kong, malah turut mengungkit semula tuduhan ke atas anak lelaki Biden, Hunter selain menggelar calon demokratik itu sebagai sosialis.

Trump menyifatkan seluruh kerjaya Biden cuma berjasa kepada Parti Komunis China. Hal ini berikutan daripada sokongan Biden terhadap Paris Climate Accord yang dipersetujui oleh pentadbiran Obama, hadiah Biden kepada China.

Persetujuan itu dianggap percaturan salah oleh Biden kerana membuka peluang kepada China menghancurkan sektor pengeluar Amerika sekaligus mewujudkan pencemaran alam sekitar di AS.

Pertelingkahan kerana China antara dua figura ini bermula sejak pencalonan Biden dengan masing-masing menuduh bersikap lemah apabila berhadapan dengan Presiden Xi Jinping.

Biden tidak berdiam diri. Menerusi kenyataan dari kempennya, Trump dilihat sebagai individu yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai presiden dalam semua aspek termasuk dalam menangani wabak Covid-19.

Kempen itu turut menghentam Trump tidak dapat berselindung daripada tindakan dan keputusan buruknya yang sering mengutamakan China dan meletakkan Amerika pada pilihan terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat