Amboi, Yakinnya Pelabur AS Dengan Saham China Sebelum FOMC!

210

‘Tindakan ini seperti ambil peluang dulu, risiko fikir kemudian.’

Saham-saham firma China di Amerika Syarikat (AS) melonjak sehari sebelum mesyuarat FOMC dengan berita pelonggaran sekatan China tambah minat pelabur.

Mencerap indeks Nasdaq Golden Dragon yang menyenaraikan 65 firma China di AS, berlaku lonjakan 7.6% iaitu peningkatan tertinggi dalam lebih 5 bulan  semasa sesi New York semalam.

Antara yang mencatat peningkatan adalah Alibaba Group Holding Ltd, Pinduoduo Inc dan JD.com Inc yang masing-masing melonjak 6.5% iaitu seiring prestasi rali di pasaran bursa Hong Kong.

Rali yang berlaku pada saham-saham firma China tersebut boleh dikesan selepas pengumuman langkah pelonggaran sekatan (lockdown) di negara ekonomi ke-2 terbesar dunia itu.

Ia telah memberi indikasi positif kepada perlabur selepas indeks utama di AS mengalami penyusutan ke paras terendah 9 tahun minggu lepas ekoran desakan Presiden Xi Jinping untuk mengukuhkan kekuasaannya ke atas kerajaan.

Selain itu, pelabur juga mengharapkan pelonggaran lockdown di China bagi memastikan aktiviti ekonomi terbesar ke-2 dunia itu dapat berjalan lebih-lebih lagi berlaku masalah dalam sektor perumahan dan kelemahan perbelanjaan pengguna.

Sungguhpun begitu, ketua pelaburan HB Investments iaitu Sharif Farha menyifatkan rali tersebut hanya sementara kerana segala-galanya terletak di tangan China dengan langkah sifar-Covid mereka.

Dalam pada itu, berita pelonggaran tersebut dilihat memulihkan sedikit sentimen pasaran meluas apabila saham China di Eropah turut memperlihatkan peningkatan di sebalik suasana pelabur masih berhati-hati dengan dasar Covid.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat