Amerika Batalkan Visa Arab Saudi Berikutan Pembunuhan Jamal Khashoggi

1,429

Amerika Syarikat telah membatalkan visa pegawai Arab Saudi yang terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mendakwa Khashoggi dibunuh di dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul dengan perancangan yang rapi.

Arab Saudi berhadapan dengan tekanan dari negara-negara Eropah, dan kini Amerika Syarikat telah mengenal pasti 21 individu yang dibatalkan visa mereka.

“Hukuman ini bukanlah akhir kata dari Amerika Syarikat. Kita akan terus mencari bukti-bukti siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini,” kata Setiausaha Dalam Negeri, Mike Pompeo.

“Kami mahu menjelaskan bahawa Amerika Syarikat tidak akan bertoleransi dengan tindakan untuk mendiamkan Khashoggi, dengan kekerasan,” kata beliau.

Hukuman oleh Amerika Syarikat terhadap Arab Saudi ini diambil selepas tiga minggu kehilangan Khashoggi yang hilang dari kedutaan di Istanbul.

Anak kepada Raja Saudi, Putera Mohammed bin Salman bagaimanapun mendakwa Khashoggi meninggalkan kedutaan Arab Saudi di Istanbul dengan bebas selepas menyelesaikan urusan perkahwinannya.

Erdogan pula mendakwa 15 individu dalam satu kumpulan datang dari Riyadh untuk membunuh Khashoggi termasuk menggunakan peralatan ketenteraan untuk mengetahui lokasi dan juga menyahaktif kamera keselamatan di kedutaan tersebut.

Erdogan mahu Arab Saudi mengekstradisi 18 individu ke Istanbul untuk berhadapan dengan pendakwaan mahkamah terhadap pembunuhan Khashoggi. Beliau juga mengesahkan Arab Saudi memainkan peranan dalam melakonkan Khashoggi palsu yang memakai pakaian wartawan itu meninggalkan kedutaan di Istanbul.

Walaubagaimanapun, mayat Khashoggi masih belum dapat dijumpai. Polis Turki sedang menyiasat dan mencari di kereta kedutaan yang terbiar milik Arab Saudi di Sultangazi, Istanbul.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat