Amerika Dakwa 3 Pulau Buatan China Sudah Dilengkapi Senjata Ketenteraan

1,546

China telah melancarkan ketenteraan penuh sekurang-kurangnya di tiga daripada beberapa pulau yang dibinanya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, kata seorang komander tentera Amerika Syarikat pada Ahad.

Pegawai Tentera Laut AS yang meninjau pos-pos di kepulauan Spratly di Laut China Selatan mendapati pulau Mischief Reef, Subi Reef dan Fiery Cross telah dilengkapi senjata dengan sistem peluru berpandu anti-kapal dan anti-pesawat, peralatan laser serta jet pejuang.

Menurut laporan The Guardian yang memetik perkongsian Komander Indo-Pasifik AS Laksamana John C. Aquilino kepada Associated Press, memberitahu bahawa senjata peluru berpandu, hangar pesawat, sistem radar dan kemudahan ketenteraan lain telah dibina di tiga pulau buatan itu.

Aquilino mengatakan bahawa ini merupakan pembinaan tentera terbesar sejak Perang Dunia Kedua oleh China, di mana mereka telah memajukan semua keupayaan mereka dan penambahan persenjataan telah menjejaskan kestabilan rantau ini.

Tambahnya lagi, langkah tersebut bertentangan dengan negara lain berhampiran Laut China Selatan, termasuk Filipina, Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Brunei.

Walau bagaimanapun, setakat ini Beijing dilaporkan masih belum memberi maklum balas terhadap dakwaan tersebut.

China kini mempunyai bajet pertahanan kedua terbesar di dunia selepas Amerika, ekoran perbelanjaan ketentaraan yang meningkat selama bertahun-tahun dan membangunkan kekuatannya lebih pantas dengan sistem senjata termasuk J-20 stealth fighter, peluru berpandu hipersonik dan dua kapal pengangkut pesawat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat