Amerika, Jepun, Korea Selatan Beri Amaran Keras Kepada Korea Utara

321

Pada Rabu, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan sepakat memberi amaran keras untuk membuat serangan balas jika Korea Utara masih ingin meneruskan tindakan mereka untuk melaksanakan percubaan bom nuklear untuk kali yang ketujuh.

Mereka percaya bahawa Korea Utara akan melaksanakan percubaan bom nuklear mereka sejak kali terakhir pada tahun 2017 lalu.

Naib Menteri Luar Pertama Korea Selatan,Cho Hyun-dong memaklumkan pada sesi sidang media di Tokyo bahawa mereka bersetuju akan bertindak menyerang balas ke atas tindakan Korea Utara jika mereka tetap berdegil dalam melaksanakan percubaan bom nuklear tersebut.

Wendy Sherman, Timbalan Setiausaha AS berkata apa-apa yang berlaku seperti percubaan bom nuklear oleh Korea Utara akan mendatangkan kesan ancaman kepada keselamatan sedunia.

Korea Utara telah melaksanakan banyak percubaan senjata mereka pada tahun ini dengan melepaskan lebih dari dua dozen peluru berpandu balistik termasuk yang telah melalui ruang udara Jepun seperti yang telah dilaporkan sebelum ini

Naib Menteri Luar Jepun Takeo Mori pula berkata mereka bersetuju untuk bekerjasama dalam menguatkan pertahanan dan menjaga keselamatan antara ketiga-tiga negara berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat