Amerika Latin Integrasikan Sistem Pambayaran Kripto

175

Web3 bermatlamat dalam memberikan nilai kepada pengguna di seluruh dunia, namun rintangan utama harus diatasi sebelum diterima pakai secara global.

Salah satu halangannya adalah kekurangan integrasi pembayaran tempatan yang dimiliki oleh projek Web3, misalnya projek Web3 berpangkalan di Jerman tidak menawarkan pilihan pembayaran terhadap rakyat yang menetap di Brazil.

Hal ini kerana, membuat pilihan pembayaran tempatan kepada pelanggan di wilayah masing-masing merupakan keputusan strategik untuk memberi impak besar dalam memenangi bahagian pasaran.

Oleh demikian, mari lihat bagaimana projek Web3 mampu maju di Amerika Latin dengan mengembangkan pilihan pembayaran tempatan.

Memahami keutamaan pembayaran tempatan

  • Membolehkan pembayaran menggunakan wallet digital, baucar tunai, rangkaian debit tempatan, pindahan bank dan invois terbuka dalam berurus niaga di kedai termasuklah dalam talian.

  • Tanpa kelancaran pembayaran tempatan, perniagaan Web3 tidak dapat mengakses pasaran yang berbeza di seluruh dunia.

  • Membuat pelanggan antarabangsa menerima pembayaran tempatan bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap wilayah melanggan pilihan pembayaran dan keperluan kawal selia yang berbeza.

  • Brazil merupakan negara yang paling pantas mendalami projek Web3 kerana rakyatnya menerima urus niaga digital lebih cepat berbanding negara lain.

  • Brazil menggunakan penyelesaian pembayaran segera nasional PIX yang dilaksanakan oleh bank Pusat Brazil pada 2020.

  • Kedai serbaneka Mexico OXXO melancarkan aplikasi perbankan berasaskan baucar yang membolehkan pengguna membayar bil utilitinya pembelian dalam talian yang kini mempunyai lebih daripada 1.6 juta pengguna.

  • Sehubungan itu, sesebuah syarikat Web3 yang ingin menarik perhatian khalayak ramai haruslah mencipta cara untuk berhubung dengan bank tempatan serta mematuhi peraturan tempatan.

Mewujudkan kepercayaan dan kesetiaan

  • Amerika Latin mewujudkan kepercayaan mendalam rakyatnya kerana sistem berpusat telah mengecewakannya.

  • Mewujudkan integrasi dengan semua mata wang bagi memasuki pasaran baharu dengan berkesan.

  • Ini menghasilkan peningkatan pengguna dan kadar kejayaan lebih tinggi kerana membina kesetiaan serta kepercayaan dengan khalayak tempatan.

Meningkatkan pengalaman pengguna

  • Pengguna mencari transaksi yang pantas dan boleh dipercayai dalam kaedah pembayaran pilihannya

  • Memudahkan proses onboarding dan menyediakan sokongan pelanggan yang luar biasa.

  • Memberitahu pengguna setiap langkah agar mereka yakin pemprosesan pembayarannya tiada kekeliruan.

  • Memperdalamkan integrasi infrastruktur di seluruh dunia akan mengubah cara individu bersosial, berurus niaga dan menggunakan data.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat