Amerika Memang Sengaja Cabar China, Hantar Satu Lagi Delegasi Ke Taiwan

407

Amerika Syarikat sekali lagi mencabar China susulan ketibaan delegasi kongresnya yang diketuai Senator Demokrat Massachusetts, Ed Markey telah tiba di Taiwan dalam lawatan dua hari yang tidak diumumkan.

Delegasi yang terdiri daripada Wakil Demokrat John Garamendi, Alan Lowenthal dan Don Beyer, serta Wakil Republikan Aumua Amata Coleman Radewagen, telah tiba di pulau itu pada hari Ahad.

Menurut jurucakap Markey dalam satu kenyataan, lawatan tersebut bertujuan untuk menguatkan lagi sokongan Amerika terhadap Taipei dan menggalakkan kestabilan serta keamanan di seluruh Selat Taiwan.

Ketika lawatan berlangsung, kumpulan itu akan bertemu dengan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dan Menteri Luar Joseph Wu serta mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan Nasional parlimen Taiwan mengenai isu keselamatan dan perdagangan.

Kementerian Luar Negeri Taiwan menyambut baik delegasi itu dan berterima kasih kepada mereka kerana menunjukkan sokongan padu AS terhadap Taipei walaupun ketegangan yang semakin meningkat dengan China.

Terdahulu, lawatan Speaker Dewan AS Nancy Pelosi telah mencetuskan kemarahan Beijing sehingga mendorong mereka menjalankan latihan ketenteraan berskala besar di sekitar Taiwan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat