Amerika Mula Gugurkan Status Khas Hong Kong, Tiada Lagi Layanan Istimewa Dari Trump!

628

Amerika Syarikat mula menggugurkan status istimewa Hong Kong di bawah undang-undang negara pada Isnin, dengan menghentikan eksport pertahanan dan menyekat akses wilayah itu dari produk berteknologi tinggi AS.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo memberitahu dalam satu kenyataan bahawa keputusan China untuk meluluskan undang-undang itu telah memaksa pentadbiran Trump untuk menilai semula dasarnya terhadap wilayah tersebut.

Sehubungan daripada itu, bagi melindungi keselamatan negara, Washington memutuskan untuk menghentikan eksport peralatan pertahanan ke Hong Kong, berkuatkuasa pada hari Isnin.

Selain itu, pentadbiran Trump juga akan mengenakan sekatan yang sama terhadap eksport teknologi dual-use AS ke Hong Kong seperti yang dilakukan ke atas China. Teknologi dual-use merangkumi penggunaan untuk komersial dan ketenteraan.

Sementara itu menurut Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross, peraturan Jabatan Pedagangan yang memberikan layanan istimewa kepada Hong Kong, termasuk pengecualian lesen eksport, juga ditangguhkan.

Eksport teknologi dual-use ke Hong Kong sebelum ini diberi layanan berbeza berbanding China, di mana pengeksport perlu memohon lesen khas.

Tindakan itu diambil ketika jawatankuasa tetap parlimen, badan pembuat keputusan tertinggi China membincangkan rancangan mengenai undang-undang keselamatan Hong Kong, yang kemudiannya dilaporkan telah diluluskan pelaksanaannya sebulat suara pada pagi ini.

Rang undang-undang itu pada mulanya dipersetujui oleh Kongres Rakyat Nasional (NPC) setelah diperkenalkan pada Mei lalu, ketika persidangan tahunan parlimen China berlangsung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat