Amerika Potong Sumbangan Kepada PBB Selepas Keputusan Trump Ditentang 128 Negara

107

Selepas daripada pengumuman Presiden Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu negara Israel dan pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem, Trump telah bertindak memotong sumbangan kewangan kepada PBB. Tindakan ini dilihat sebagai respon AS terhadap PBB yang tidak mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel selepas undian yang dibuat oleh negara-negara ahli PBB.

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Nikki Haley, mengumumkan AS bakal mengurangkan sumbangan  kewangan untuk PBB bagi tempoh 2018-2019.

New York Post pada Isnin (25/12/2017) melaporkan bahawa Haley telah mencadangkan pemotongan sumbangan sebanyak USD285 juta.

Untuk rekod, anggaran sumbangan oleh AS kepada PBB dalam tempoh 2016-2017 mencecah USD5.4 billion dan Washington merupakan penyumbang terbesar berbanding semua negara anggota.

Keputusan itu dilihat selari dengan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini yang membuat ugutan memotong bantuan selepas keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ditentang 128 negara anggota PBB.

Dalam kenyataannya, Haley menyebut PBB adalah organisasi yang tidak efisyen dan  boros dalam perbelanjaan mereka.

“Saya tidak akan membiarkan kemurahan hati rakyat Amerika dimanfaatkan tanpa adanya pengawasan ketat,” tegas Haley.

Haley menyatakan bakal mengurangkan jumlah pegawai AS di PBB yang banyak menyokong program utama PBB serta mendesak agar sistem PBB lebih ketat dan transparan.

“Saya berharap agar kami terus dapat memotong sumbangan kepada PBB di masa akan datang.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat