Amerika Sumbang Bantuan Ketenteraan Baru Untuk Ukraine

1,254

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin telah mengembara ke Ukraine untuk bertemu Presiden Volodymyr Zelensky dan pegawai tertinggi yang lain pada Isnin waktu tempatan.

Pertemuan tersebut telah disahkan oleh penasihat presiden Oleksiy Arestovych dalam temu bual di TV Ukraine, selain turut disahkan oleh Washington tidak lama selepas itu.

Lawatan itu dibuat untuk menunjukkan sokongan Barat terhadap Ukraine dan setiausaha kabinet juga menjanjikan bantuan baharu bernilai $713 juta untuk kerajaan Zelensky dan 15 negara bersekutu lain.

Kira-kira $322 juta akan diperuntukkan kepada Kiev, sementara bakinya akan dibahagikan di kalangan anggota NATO atau negara lain yang telah menyediakan Ukraine dengan bekalan ketenteraan sejak perang dengan Rusia bermula.

Pertemuan ini berlaku ketika Ukraine mendesak Barat untuk memberinya senjata yang lebih kuat dalam memerangi Rusia di wilayah Donbas, di mana tentera Moscow berusaha untuk mengusir tentera Ukraine terakhir di pelabuhan Mariupol.

Selain itu, kedua-dua pegawai AS itu turut memberitahu bahawa Biden tidak lama lagi akan mengumumkan calonnya untuk menjadi duta ke Ukraine dan diplomat Amerika yang meninggalkan Ukraine sebelum perang, akan kembali semula ke negara itu minggu depan.

Tentera Rusia telah berkumpul semula untuk cuba menawan lebih banyak wilayah tenggara Donbas, membenarkan pemimpin dari negara Barat menyambung semula jalinan diplomatik mereka dengan Ukraine bagi mengenakan tindakan baharu terhadap Kremlin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat