Amerika Syarikat Bakal Tarik Balik Senarai Hitam Terhadap Huawei?

415

Menurut sebuah sumber, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat bakal menandatangi sebuah undang-undang baru yang membolehkan syarikat negara berkenaan bekerjasama dengan syarikat teknologi termuka China, Huawei Technologies bagi penetapan standard rangkaian 5G.

Sebelum ini, beberapa buah syarikat teknologi Amerika Syarikat bertindak menghentikan kerjasama mereka dengan Huawei setelah syarikat tersebut disenaraihitamkan oleh negara itu. Hal ini demikian kerana ianya didakwa melibatkan isu keselamatan negara. Walau bagaimanapun, beberapa pegawai kerajaan dan industri berpendapat bahawa tindakan yang diambil itu tidak menguntungkan Amerika Syarikat.

Setelah hampir setahun, jabatan tersebut dikatakan telah menggubal sebuah undang-undang baru bagi mengatasi isu tersebut. Namun begitu, draf undang-undang itu sedang dikaji semula serta perlu mendapatkan persetujuan daripada agensi lain. Akan tetapi, tempoh pemprosesannya tidak didedahkan begitu juga dengan respon daripada agensi yang terlibat tidak dinyatakan.

Menurut salah seorang wakil Information Technology Industry Council (ITI), Amerika Syarikat mahu terus bersaing dengan Huawei. Meskipun begitu, tindakan tersebut secara tidak sengaja telah memusnahkan peluang kepada syarikat teknologi negara itu untuk bekerjasama dengan Huawei.

Di samping itu, undang-undang ini dikhabarkan khusus bagi menangani isu Huawei dan tidak terpakai kepada entiti lain yang turut disenaraihitamkan seperti firma pengawasan video China Hikvision.

Untuk pengetahuan semua, Huawei juga terpalit dengan isu pelanggaran sekatan Amerika terhadap Iran. Selain itu, ia juga dituduh melakukan penipuan bagi melepaskan diri daripada tindakan undang-undang Amerika Syarikat. Namun, Huawei telah mengaku tidak bersalah dalam kes tersebut. Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak bertindak untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu berkenaan.

Berdasarkan sebuah laporan, salah seorang pegawai kanan State Department berkata mereka sedang mencari penyelesaian terhadap permasalahan itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat