Amerika Syarikat Dakwa 2 Warga China Yang Membantu Korea Utara Curi Berjuta-juta Matawang Kripto!

727

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mendakwa 2 orang warga China gara-gara kegiatan pencurian lebih daripada $100 juta matawang kripto bagi pihak Korea Utara. Menurut pihak mahkamah, mereka telah menggunakan penggodam Pyongyang untuk melepaskan diri.

Berdasarkan dakwaan yang dikemukakan, kedua-dua suspek itu dipercayai mengumpulkan matawang kripto yang dicuri antara Disember 2017 dan April 2019 serta menyembunyikannya daripada diketahui oleh pihak polis.

Selain itu, kira-kira $250 juta telah dirampas hasil daripada pencurian yang dijalankan di pusat pertukaran matawang maya pada tahun 2018. Di samping itu, dana tersebut dipercayai telah digubah melalui beratus-ratus transaksi automatik yang direka untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tambahan daripada itu, sejumlah dana berkenaan digunakan untuk membiayai infrastruktur di Korea Utara. Sementara itu, infrastruktur tersebut dipercayai digunakan untuk melancarkan serangan siber.

Bukan itu sahaja! Penggodam Korea Utara yang sama turut dikaitkan dengan serangan terhadap medium pertukaran matawang maya Korea Selatan pada November tahun lalu yang mengakibatkan kehilangan sebanyak lebih daripada $48 juta matawang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat