Amerika Syarikat Dakwa China Cuba Mencuri Bahan Penyelidikan Vaksin COVID-19!

421

Menurut sebuah laporan, pakar Biro Penyiasatan Persekutuan dan keselamatan siber Amerika Syarikat mendakwa bahawa terdapat penggodam China yang cuba mencuri bahan penyelidikan berkaitan vaksin coronavirus.

Oleh itu, FBI dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri merancang untuk mengeluarkan amaran mengenai aktiviti penggodaman tersebut yang melibatkan rakyat China ketika pemerintah dan firma swasta sedang berusaha untuk mencipta bagi merawat virus berbaya, COVID-19.

Selain itu, penggodam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kerajaan China itu turut menyasarkan maklumat dan harta intelek berkaitan dengan rawatan dan ujian wabak pandemik tersebut.

Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri Beijing, Zhao Lijian menafikan tuduhan itu, dengan menyatakan bahawa China menentang dengan tegas semua serangan siber. Tambahnya lagi, berita tersebut hanyalah sebuah khabar angin dan fitnah yang tercetus tanpa sebarang bukti.

Bukan itu sahaja! Laporan dan amaran yang dikemukakan turut melibatkan para penggodam yang didakwa mendapat sokongan daripada pemerintah Iran, Korea Utara dan Russia.

Pada minggu lalu, Britain dan Amerika Syarikat telah memberi amaran berkenaan peningkatan serangan siber terhadap profesional kesihatan yang terlibat dalam tindak balas coronavirus oleh penjenayah terancang, yang sering dikaitkan dengan pelaku negara lain.

Menurut Pusat Keselamatan Siber Nasional Britain dan Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur Amerika Syarikat, mereka telah mengesan taktik penyebaran kata laluan secara besar-besaran. Melalui taktik ini, para penggodam cuba untuk mengakses akaun melalui kata laluan yang biasa digunakan serta menyasarkan badan penjagaan kesihatan dan organisasi penyelidikan perubatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat