Amerika Syarikat Keluarkan Amaran Terhadap Eropah! Ketidakseimbangan Perdagangan Jadi Tumpuan!

464

Selepas mencatat persetujuan dengan China dan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada (USMCA), Pegawai tertinggi perdagangan Presiden A.S Donald Trump kini beralih tumpuan sasaran pada Kesatuan Eropah (EU).

Menurut wakil Perdagangan AS (USTR) Robert Lighthizer, “Kami mempunyai hubungan tidak seimbang dengan Eropah”. Tambah beliau terdapat banyak halangan perdagangan dalam EU dan banyak masalah yang perlu ditangani oleh pihak A.S.

Amaran yang dikeluarkan ini memberi sedikit kegusaran dalam pasaran Eropah. Sebelum ini Trump telah mengenakan tarif atas dasar keselamatan negara ke atas barangan keluli dan aluminium. Selain itu Trump juga pernah mengancam untuk mengenakan tarif ke atas kereta dan bahagian kenderaan kepada Eropah dengan berjustifikasikan alasan yang sama. Bukan sekadar itu, pentadbiran Trump juga  mengenakan tarif ke atas barangan Eropah seperti wain Perancis, keju Itali dan wiski sebagai tindak balas terhadap keputusan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai isu Airbus.

Lighthizer dalam temubualnya bersama Fox Business mengatakan bahawa beliau sedang mensasarkan peningkatan tarif ke atas barangan Eropah bagi menekan Brussels dengan harapan mereka dapat menamatkan subsidi ke atas Airbus. Dalam masa yang sama, pentadbiran Trump juga sedang merancang mengenakan tarif yang bernilai $2.4 billion sebagai tindak balas kepada cukai 3% yang dikenakan oleh Perancis.

“Kami telah meletakkan tarif ke atas pelbagai produk dan kami akan terus memberi tumpuan terhadap perkara tersebut”. – Lighthizer.

Walaubagaimanapun, disisi lain Persuruhanjaya Perdagangan Eropah yang baru, Phil Hogan telah berjanji untuk mengambil pendekatan yang lebih konfrontatif bagi membutikan bahawa pendekatan Trump adalah salah. Hogan baru-baru ini mencadangkan untuk menaik taraf perjanjjian perdagangan bagi membalas keputusan AS yang mengetepikan rayuan WTO.

Pegawai perdagangan Eropah secara berasingan menanti keputusan 2020 WTO dengan harapan mereka dapat bersedia dalam mengimplimentasikan tarif yang bernilai berbillion dolar ke atas eksport A.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat