Amerika Tak Jadi Default, Senat Setuju Naikkan Siling Hutang!

679

Kerajaan Amerika Syarikat akhirnya dapat menarik nafas lega selepas Senat meluluskan rang undang-undang untuk menaikkan siling hutang bagi mengelakkan negara itu mengalami ‘default’.

Langkah itu dibuat sehari selepas Dewan Perwakilan memberi kelulusan, dan ia kini boleh dibawa terus kepada Presiden Joe Biden untuk ditandatangani menjadi undang-undang.

Dengan undian 63-36, para penggubal undang-undang di Senat bersetuju untuk menggantung had hutang negara sehingga 1 Januari 2025.

Susulan langkah itu, Presiden Biden memuji Kongres atas usaha tersebut dan menyatakan tidak sabar untuk menandatangani rang undang-undang yang dipanggil Akta Tanggungjawab Fiskal 2023 itu.

Beliau dijadualkan untuk berucap pada jam 7 pagi (waktu Malaysia) pada hari Sabtu mengenai rang undang-undang tersebut.

Sementara itu, Pemimpin Majoriti Senat Chuck Schumer pula berkata Amerika boleh menarik nafas lega kerana dalam proses itu, mereka berjaya mengelak daripada berlakunya ‘default’.

Amerika telah berada dalam kebuntuan sejak awal tahun ini disebabkan kebimbangan bahawa siling hutang tidak dapat dinaikkan sebelum 1 Jun yang akhirnya boleh menyebabkan negara itu mengalami ‘default’ dan menjejaskan ekonomi secara keseluruhan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat