Amerika Tambah Lebih Banyak Bilangan Pekerjaan Pada Januari, Ini Yang Terjadi Kepada Dolar USD!

610

Pada hari ini,Jabatan Buruh A.S baru sahaja mengeluarkan data terkini perkerjaan bulan Januari yang dinanti oleh para peneliti. Berdasarkan laporan pekerjaan kerajaan yang terkini, para pakar ekonomi berpendapat ekonomi A.S dalam sektor pekerja akan terus baik dengan penciptaan pekerjaan yang dicapai pada bulan Januari.

Laporan data pekerjaan yang dikeluarkan pada hari Jumaat menunjukkan data Nonfarm payrolls (NFP) pada bulan Januari meningkat sebanyak 225,000 penambahan pekerjaan selepas kenaikan 145,000 pada bulan Disember. Bacaan ini juga mengatasi bacaan jangkaan oleh para pakar ekonomi yang mensasarkan hanya sebanya 160,000 penambahan pekerjaan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pertumbuhan pekerjaan yang dicipta di Amerika Syarikat pada bulan Disember adalah lebih perlahan daripada jangkaan pakar ekonomi, tetapi kadar pengambilan pekerja masih lebih daripada mencukupi untuk mengekalkan perkembangan ekonomi.

Walaubagaimanapun, kadar pengganguran meningkat kepada 3.6% daripada bacaan sebelumnya iaitu pada kadar 3.5% yang dikecapi pada bulan sebelumnya. Disisi lain, purata pendapatan setiap jam, meningkat sebanyak 0.2% pada bulan Januari dan naik 3.1% setahun selaras dengan jangkaan.

Pasaran sebelum ini juga telah menjangkakan peningkatan dalam NFP selepas data laporan bulan ADP menunjukkan peningkatan sebanyak 291,000 pertambahan pekerjaan pada bulan Januari.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.08% pada paras 98.460 susulan laporan data NFP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat