AMTD Bermula Baik Pada Hari Pertama Penyenaraian.

171

Syarikat yang baru disenaraikan dalam indeks NYSE, AMTD bermula cemerlang apabila harga sahamnya naik sebanyak 20.41%. AMTD yang ditawarkan pada harga $8.38 meningkat kepada $10.09 pada sesi akhir dagangan.

AMTD merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong turut digelar sebagai syarikat nombor 1 di Asia dalam bidang perbankan pelaburan bebas. Syarikat ini menjalankan servis secara menyeluruh merangkumi tiga bisnes utama iaitu perbankan pelaburan, pengurusan aset dan pelaburan strategik.

Meskipun pasaran saham AS dalam fasa suram apabila berlakunya perangan dagangan dengan pihak China, syarikat ini mampu mencatatkan kenaikan sekaligus menunjukkan isyarat bahawa situasi yang berlaku tidak memberi kesan yang kuat kepada syarikat ini.

AMTD melaporkan kutipan hasil bagi tahun 2018 meningkat kira-kira 43% berbanding tahun 2017 pada nilai $92.12 juta. Walaubagaimanapun, untung bersih bagi syarikat itu pada 2018 merosot 18% berbanding tahun sebelum itu pada angka $59.63 juta.

Bagi suku pertama 2019, AMTD mencatatkan peningkatan dalam kutipan hasil sebanyak $38.94 juta dan untung bersih $40.97 juta.

Setakat 31 Mac 2019, aset yang diuruskan syarikat ini bernilai $2.6 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat