Anak Muda A.S Kian Dicengkam Oleh Inflasi, Perbelanjaan Pengguna A.S Dikhuatiri Terjejas Lebih Teruk!

941

Inflasi yang tinggi telah memaksa rakyat Amerika berbelanja lebih untuk gas dan bil, pengguna muda dan berpendapatan rendah mula merasakan tekanan kewangan.

Pengguna Generasi Z didapati mempunyai skor kredit yang rendah dalam kad kredit dan pinjaman kereta. Dalam masa yang sama, hutang kad kredit berkembang dengan pesat dari apa yang didapati sebelum ini. Baki kad kredit untuk orang berumur 25 tahun dan lebih muda meningkat sebanyak 30% pada suku kedua daripada tahun sebelumnya, berbanding dengan peningkatan hanya 11% dalam kalangan populasi yang lebih luas.

Pada awalnya keadaan dilihat baik untuk pengguna A.S., akaun bank ditampung dengan rangsangan kerajaan dan simpanan ketika pandemik. Eksekutif bank sebelum ini secara konsisten berkata pengguna mempunyai kewangan yang sihat dan membelanjakan wang walaupun inflasi tinggi dan ekonomi perlahan.

Namun kini terdapat tanda-tanda bahawa sesetengah rakyat Amerika telah mengurangkan perbelanjaan melancong dan makan di luar sambil mengurangkan hutang pada kad kredit mereka, kata Silvio Tavares, ketua VantageScore. Ini berbeza dengan kecenderungan pengguna untuk membayar pinjaman dan lebih berjimat pada tahun pertama pandemik, berdasarkan data the Fed.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell berkata masa semakin suntuk untuk menurunkan inflasi, yang berlegar pada tahap yang tidak dilihat sejak 1980-an.

Data yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan perbelanjaan pengguna A.S. berkembang pada kadar paling perlahan dalam dua tahun, apabila ekonomi mengecut secara tidak dijangka pada suku kedua.

Harga yang pantas mempercepatkan boleh memburukkan lagi tekanan kewangan di kalangan golongan muda dan peminjam dengan skor kredit yang rendah, kata Tavares. Tamsilnya, keadaan ekonomi semasa A.S semasa telah memberi impak kepada skor kredit yang akhirnya membawa maksud bahawa pengguna berbelanja kurang dan menggunakan pendapatan untuk bayara hutang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat