Analisa Teknikal Mingguan 1 Mei – 5 Mei 2017

84

EUR/USD – Analisa Mingguan 1 Mei – 5 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Jika diperhatikan, Key Support dan Key Resistance minggu lalu masih tidak berjaya untuk dibreakout dan ianya masih sideways sehingga kini. Walaubagaimanapun, Team Analisa berpendapat, pergerakan momentum wave masih ke arah bullish ketika ini(HL,HH,HL,HH) dan ia berpotensi untuk membentuk new HH jika breakout Key Resistance 1.0964/50 pada minggu ini.

Jadi, peluang terbaik yang boleh diperhatikan sebelum memasuki pasaran boleh diperhatikan di sekitar pullback/retracement iaitu ke sekitar Key Support mingguan 1.0800 – 1.0860 sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Jika beakout Key Resistance ini, target mingguan yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 1.1060/50.

GBP/USD – Analisa Mingguan 1 Mei – 5 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Pada minggu lalu, pergerakan harga GBP/USD bullish lebih kurang 100 pips setelah ia breakout Key Resistance mingguan dan ini menunjukkan mood GBP/USD masih dikuasai pergerakan bullish. Selagi ia tidak breakout Key Support iaitu harga yang berbentuk membentuk new HL ini, kebrangkalian untuk ia bullish pada minggu ini adalah tinggi.

Target terhampir yang berpotensi dicapai pada minggu ini adalah ke sekitar harga Key Resistance iaitu 1.3050/70 dan jika breakout, GBP/USD akan ke harga yang lebih tinggi. Jadi, kesimpulannya, momentum wave bagi GBP/USD masih dikuasai mood bullish ketika ini dan boleh perhatikan peluang terhampir untuk ‘long’ di sekitar retracement/support 1.2750/70 sebelum ia bullish.

AUD/USD – Analisa Mingguan 1 Mei – 5 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan, harga AUD/USD berjaya breakout Key Support dan telah membentuk new LL di sekitar harga 0.7450/40 pada minggu lalu. Mengikut teknikal, pergerakan masih ke arah bearish dengan penguasaan wave LH,LL,LH,LL dan ia berpotensi untuk meneruskan lagi penurunan.

Jadi selagi ia tidak breakout Key Resistance mingguan iaitu 0.7600, AUD/USD masih dalam mood bearish dan jika breakout Key Support minggu ini 0.7460 ia berpotensi untuk mencapai ke harga yang lebih rendah iaitu 0.7400. Oleh itu, Key Resistance minggu ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan.

USD/JPY – Analisa Mingguan 1 Mei – 5 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Secara teknikal, pergerakan momentum wave masih kea rah bearish ketika ini(LH,LL,LH,LL) dan selagi ia tidak breakout Key Resistance minggu ini iaitu 112.60, ia masih berpotensi untuk bearish. Walaubagaimanapun, sekiranya ia dibreakout peluang seterusnya yang boleh diperhatikan adalah di sekitar resistance seterusnya iaitu 113.70/80 sebelum ia bearish. Target bearish jika ia tidak melepasi Key Resistance minggu ini adalah ke sekitar support terhampir iaitu 110.60.

Tetapi sekiranya ia gagal untuk breakout support di sekitar harga 110.60/00, USD/JPY akan mulai mengorak langkah untuk bullish. Jadi Kesimpulannya, Support mingguan dan Key Resistance mingguan ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan samaada ia breakout salah satu harga ini.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 1 Mei – 5 Mei 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Pergerakan harga bagi GBP/JPY minggu lalu gagal untuk melakukan retracement, ia terus bullish ke Key Resistance mingguan dengan membuat kenaikan lebih kurang 200+ pips. Kini GBP/JPY telah membentuk new HH dan dijangkakan ia akan terus bullish pada minggu ini.

Peluang yang boleh diperhatikan adalah di sekitar support terhampir untuk ia melakukan pullback/retracement iaitu ke sekitar harga 142.50/00 sebelum ia kembali bullish. Dan target kenaikan pula adalah ke sekitar Key Resistance mingguan iaitu 147.30. Kesimpulannya, mood bullish masih dikuasai GBP/JPY ketika ini dan sebarang penurunan adalah retracement sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat