Analisa Teknikal Mingguan 17 April – 21 April 2017

88

EUR/USD – Analisa Mingguan 17 April – 21 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Mengikut analisa teknikal,harga pasaran bagi EUR/USD masih dalam mood bearish ketika ini selagi ia tidak breakout Key Resistance yang berada pada harga 1.0680/1.700. Dan target yang berpotensi dicapai untuk minggu ini adalah ke sekitar harga 1.0570 atau ke harga yang lebih rendah iaitu 1.0500 selagi ia tidak breakout Key Resistance.

Jadi peluang yang boleh diperhatikan adalah di sekitar resistance-resistance terhampir sebelum ia meneruskan lagi penurunan. Kesimpulannya, kebarangkalian pergerakan ke arah bearish masih tinggi ketika ini berbanding bullish dan sebarang kenaikan adalah retracement sebelum ia bearish. Key Resistance mingguan ini juga perlu diperhatikan sepenuhnya.

GBP/USD – Analisa Mingguan 17 April – 21 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily



GBP/USD bullish lebih kurang 160 pips ke target terhampir iaitu 1.2560 pada minggu lalu setelah ia tidak breakout support terhampir 1.2350 dan berjaya untuk membentuk new HL. Minggu ini, Key Support berada pada harga 1.2350 manakala Key Resistance pula 1.2730.

Jadi minggu ini, Team Analisa berpendapat GBP/USD akan melakukan retracement/pullback ke sekitar support herhampir yang boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil. Selain itu, momentum wave bagi GBP/USD masih dalam momentum bullish. Dan jika breakout 1.2560, target mingguan yang berpotensi dicapai adalah 1.2730 bagi membentuk new HH pada minggu ini.

AUD/USD – Analisa Mingguan 17 April – 21 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Pergerakan harga AUD/USD minggu lalu berjaya membentuk new LL di sekitar harga 0.7480/0.7500 dan membuat kenaikan lebih kurang 80 pips. Kini harga semakin hampir resistance terdekat iaitu sekitar harga 0.7600/14.

Jadi secara teknikal, mengikut pergerakan wave AUD/USD berpotensi untuk bearish pada minggu ini sekiranya ia tidak breakout 0.7600 dengan membentuk new LH. Dan jika breakout, potensi adalah tinggi untuk AUD/USD mencapai ke resistance seterusnya iaitu sekitar harga 0.7650/70 sebelum ia bearish. Target bearish mingguan adalah sekitar Key Support iaitu 0.7500 atau ke harga yang lebih rendah lagi.

USD/JPY – Analisa Mingguan 17 April – 21 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, harga USD/JPY telah breakout Key Support mingguan terlebih dahulu dan ini menyebabkan ia gagal untuk melakukan retracement kenaikan ke sekitar Key Resistance. Ia bearish lebih kurang 250 pips sejak hari Isnin lalu dan mencapai target bearish di sekitar support 108.30.

Jadi pada minggu ini, mengikut momentum wave ia masih ke dikuasai mood bearish(LH,LL,LH,LL) dan jika diperhatikan ia berpotensi untuk melakukan retracement kenaikan sekiranya ia tidak breakout Key Support 108.00/14 ini.

Dan target retracement adalah di sekitar harga 109.30 – 110.30 sebelum ia meneruskan lagi penurunan. Jadi peluang yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga retrace sebelum ia bearish. Jika breakout Key Support, target bearish mingguan adalah 106.80. Jadi kesimpulannya, minggu ini Key Support mingguan ini amat penting untuk diperhatikan.

 GBP/JPY – Analisa Mingguan 17 April – 21 April 2017 – Rujukan Chart TF Daily


Seperti jangkaan, GBP/JPY minggu lalu berjaya meneruskan lagi bearish setelah ia breakout Key Support dan mencapai target ke sekitar harga 136.00 bagi membentuk new LL.

Pada minggu ini, sekiranya ia tidak berjaya untuk breakout Key Support mingguan iaitu sekitar harga 135.50/00, GBP/JPY berpotensi untuk melakukan retracement/pullback kenaikan ke sekitar resistance-resistance terhampir 137.50 – 139.00 bagi membentuk new LH sebelum ia kembali bearish.

Oleh itu, Key Support minggu ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan samaada ia akan dibreakout terlebih dan terus bearish ataupun melakukan retracement. Dan peluang untuk memasuki pasaran yang boleh diperhatikan adalah di sekitar Key Support dan juga resistance terhampir.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat