Analisa Teknikal Mingguan 23 Januari – 27 Januari 2017

72

EURUSD – Analisa Mingguan 23 Jan – 27 Jan 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Seperti jangkaan minggu lepas, EURUSD berjaya membuat kenaikan bullish setelah ia breakout Key Resistance dan kini harga semakin menghampiri target kenaikan iaitu 1.0764 yang juga merupakan Key Resistance untuk minggu ini.

Secara teknikal, Tim Analisa berpendapat EURUSD masih dalam mood bullish dan selagi ia breakout Key Support minggu ini iaitu 1.0630. EURUSD berpotensi tinggi untuk bullish dan breakout Key Resistance minggu ini.

Target bullish berada pada harga resistance terhampir iaitu 1.0870 iaitu harga yang berpotensi membentuk ‘Support Become Resistance’ sebelum ia bearish ataupun ke target seterusnya iaitu 1.0970.

Jadi untuk minggu ini, peluang untuk ‘long’ adalah harga di sekitar atas paras harga Key Support 1.0630 sebelum ia meneruskan pergerakan bullish dan Key Resistance juga perlu diperhatikan. Sekiranya tidak breakout Key Resistance, ia akan bearish semula untuk melakukan retracement penurunan sebelum ia bullish.

GBPUSD – Analisa Mingguan 23 Jan – 27 Jan 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu yang lalu, jika diperhatikan GBPUSD tidak berjaya meneruskan pergerakan bearish setelah ia tidak breakout Key Support yang berada pada harga 1.2000 dan mula mengorak langkah ke arah momentum bullish dan membentuk candlestick bullish morubozu yang menunjukkan matawang GBP dikuasai mood bullish.

Jadi minggu ini, secara teknikal Tim Analisa berpendapat menyukarkan GBPUSD masih dalam mood bullish selagi ia tidak breakout Key Support yang berada pada harga 1.2220/00. Jadi trader boleh memperhatikan peluang untuk ‘long’ di timeframe yang lebih kecil pada harga yang terbaik.

Dan target kenaikan adalah sekitar harga Key Resistance iaitu 1.2564/50 dan jika breakout ia berpotensi meneruskan lagi bullish ke sekitar harga 1.2730 ataupun bearish semula. Jadi kesimpulannya, selagi GBPUSD tidak breakout Key Support pada minggu ini, kebarangkalian untuk GBPUSD bullish adalah tinggi.

Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support, support terhampir yang boleh dicapai adalah ke harga 1.2114. Oleh itu, Key Support minggu ini perlu diperhatikan sepenuhnya. Jika terbentuknya signal bullish di sekitar Key Support. Ia berpeluang untuk meneruskan pergerakan bullish.

Analisa fundamental dan sentiment anda boleh baca di sini > https://intraday.my/sentimen-news-gbpusd-pada-minggu-ke-empat-2017/

AUDUSD – Analisa Mingguan 23 Jan – 27 Jan 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Seperti yang dijangkakan pada minggu lepas, harga AUDUSD akhirnya berjaya breakout Key Resistance 0.7500 dengan melakukan retracmenet penurunann sebelum ia bullish dan mencapai target iaitu ke sekitar harga 0.7560.

Mengikut teknikal, AUDUSD telah berjaya membentuk new HH dengan breakout LH yang berada pada harga 0.7500 minggu lalu dan ini menunjukkan mood bullish telah dikuasai AUDUSD. Ia berpotensi meneruskan lagi kenaikan.

Oleh itu, kemungkinan AUDUSD akan melakukan retracement ke sekitar Key Support 0.7500/0.7460 untuk melengkapkan wave dengan membentuk new HL sebelum ia bullish ataupun terus bullish untuk breakout Key Resistance 0.7600.

Jadi kesimpulannya, selagi harga tidak breakout Support terbaik iaitu 0.7500/0.7460. AUDUSD berpotensi tinggi untuk terus bullish. Sekiranya breakout Key Resistance 0.7600, target mingguan bullish adalah ke sekitar harga 0.7690 atau ke 0.7760.

USDJPY – Analisa Mingguan 23 Jan – 27 Jan 2017 – Rujukan Chart TF Daily



USDJPY pada minggu lepas berjaya membentuk new LL setelah breakout Key Support sebelum ia melakukan retracement kenaikan ke sekitar resistance terhampir iaitu 115.30 dan bearish semula.

Jadi pada minggu ini, jika diperhatikan pergerakan wave masih ke arah bearish(LH,LL,LH,LL) dan terbentuknya candlestick shooting star di sekitar Key Resistance menunjukkan USDJPY berpotensi tinggi untuk terus bearish selagi ia tidak breakout Key Resistance ini.

Tim Analisa berpendapat USDJPY berpotensi akan melakukan retracement kenaikan semula ke sekitar harga Key Resistance sebelum ia bearish. Dan sekiranya breakout Key Support 112.64, target penurunan mingguan adalah ke sekitar harga 111.30 ataupun ke harga yang lebih rendah iaitu 110.00 bagi membentuk new LL. Walaubagaimanapun, jika brekaout Key Resistance ini, resistance terhampir yang boleh dicapai adalah ke sekitar harga 116.50.

Jadi kesimpulannya, selagi harga masih berada di bawah paras harga 115.30. USDJPY masih dalam mood bearish. Dan sekiranya breakout mood bearish ini akan bertukar arah ke mood bullish.

GBPJPY – Analisa Mingguan 23 Jan – 27 Jan 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika merujuk analisa pada minggu lepas, GBPJPY berjaya membentuk new LH dengan membuat kenaikan lebih kurang 400 pips dari harga 137.00 ke target retracement bullish iaitu 141.14.

Jadi untuk minggu ini secara teknikalnya, Tim Analisa berpendapat GBPJPY berpotensi tinggi untuk mulai bearish semula bagi melengkapkan momentum wave(LH,LL,LH,LL). Selain itu, selagi harga masih di bawah paras harga Key Resistance 142.80, kebrangkalian untuk GBPJPY terus bearish adalah tinggi berbanding bullish.

Jika breakout Key Support 140.30, GBPJPY akan mencapai support terhampir iaitu 139.00 dan target seterusnya adalah ke sekitar 137.00 . Walaubagaimanapun, GBPJPY juga berpotensi untuk menguji semula resistance terbaik minggu ini iaitu 144.50 sebelum bearish sekiranya harga melepasi Key Resistance.

Oleh itu, selagi ia tidak breakout 142.80 peluang untuk ‘short’ masih tinggi dan boleh diperhatikan di harga sekitar resistance di timeframe yang lebih kecil.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat